Cara Tingkatkan CTR Adsense Dengan Perletakan Iklan Yang
Betul.
CTR Google Adsense yang tinggi pun boleh mendatangkan hasil yang
bagus kepada blogger. Cuma kena tahu caranya untuk meningkatkan CTR (Click
Through Rate) iklan demi mencapai sasaran tersebut.
Dalam artikel ringkas tentang Adsense ini, saya hanya menyentuh sedikit cara meningkatkan CTR iaitu dengan menempatkan iklan yang betul dengan saiz yang sesuai. Ini memang banyak digunapakai oleh blogger terkenal di luar sana untuk meningkatkan CTR. Caranya pun tak salah. Kalau guna cara salah takut nanti akaun anda di ban oleh pihak Google..
CTR (Click Through Rate) adalah peratusan jumlah klik iklan
dari jumlah tampilan/tayangan iklan. Maksudnya sebanyak mana pun iklan keluar,
berapa ramai yang klik? Gitulah lebih kurang maksudnya..
Cara Tingkatkan CTR Adsense Dengan Perletakan Iklan Yang
Tepat
Berikut ini adalah cadangan penempatan iklan yang tepat dan betul supaya mendapatkan CTR yang tinggi:
Di bawah judul postingan ukuran 300×250 atau 336×280
Di tengah postingan ukuran Responsive, 300×250 atau 336×280
Di bawah postingan ukuran 300×250 atau 336×280
Di sidebar ukuran 300×600, 300×250, atau 160×600
Di header ukuran Responsive atau 728×90
Gunakan kombinasi iklan jenis gambar, text, dan link unit. Google AdSense menyediakan 3 jenis iklan, iaitu iklan jenis gambar, text dan juga link unit. Gunakan kombinasi ketiganya supaya iklan yang muncul lebih bervariasi. Peluang untuk iklan anda di klik adalah lebih tinggi dan sekaligus meningkatkan CTR Adsense anda.
Google Adsense Heatmap

Nota: Dicadangkan oleh Google (sini), Google
Adsense heatmap ini menunjukkan perletakan iklan terbaik untuk normal blog
layout. Warna oren-pekat menunjukkan perletakan terbaik manakala yang berwarna
cerah menunjukkan perletakkan iklan yang tidak digalakkan.